Asma' binti Kahariyah Fazari
diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:
"Hai anakku, kini engkau
kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke
sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan
orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.
Jadilah engkau tanah bagai
suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai
supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai
kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau
menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia
dengan baik.
Peliharalah suamimu itu
dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu
akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar
sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang
indah sahaja pada dirimu."
Kalau wanita ingin menjadi
isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu.
Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari
tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang
bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dlm keadaan bersih kemas dan
terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga
bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya,
boleh berkongsi masalah dengannya,faham apa yang disenangi,tahu mengambil hati
suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan
mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana
lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan
lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga.
Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada
bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang
gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah kan
berusaha memberi wajah jernih pada rumah tangga. Kasihsayang yang lahir adalah
hasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan
nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang
lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak
terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau
boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira karena yakin
dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
"Apabila seorang
perempuan mencuci pakaian suaminya,maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan
dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari
oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu derajat
baginya."
"Wahai Fatimah, setiap
wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membina tujuh
parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh
bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah,setiap
wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan
keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada
mereka yang menangis karena takutkan Allah."
Siapa yang tidak mahu
kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan?Seorang isteri yang
solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan
menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya.
Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai
seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga karena itu juga yang menjadi
syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat
nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti
rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di
sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud :
" Seorang wanita yang
solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan
seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka
ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan
dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."
Isteri solehah biasanya
menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah
bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud
dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap
isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada
yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk
menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, siisteri
perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin
kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah
mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan
dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar
maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu
merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita
akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk
melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah
timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri
tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada
suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami
kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti
Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan
Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara
wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita
masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah,
berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah
mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah
bersabda :
"Wanita yang taat akan
suaminya semua burung-burung diudara, ikan-ikan di air, malaikat di langit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih
taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."